MINGGU TITIAN KASIH PELAJAR TINGKATAN SATU

TAHUN 2000

MATLAMAT

Membimbing para pelajar baru dengan mesra ke arah merapatkan hubungan silaturrahim sekaligus menyeberangi titian pemisah antara pelajar baru dan lama seterusnya melangkah ke alam persekolahan baru iaitu dari sekolah rendah ke sekolah menengah dengan mendedahkan mereka kepada budaya sekolah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF

tangan.gif (1437 bytes)Membantu pelajar baru menyesuaikan diri terhadap kawasan sekeliling yang baru.

tangan.gif (1437 bytes)Menjalinkan hubungan silaturrahim antara guru dan pelajar baru dan juga antara pelajar baru dengan pelajar lama.

tangan.gif (1437 bytes)Mendedahkan kepada para pelajar mengenai adab-adab pergaulan di sekolah.

tangan.gif (1437 bytes)Menanamkan semangat kerjasama dan bertolak ansur.

tangan.gif (1437 bytes)Menanam keyakinan dan keupayaan kendiri.

tangan.gif (1437 bytes)Menanamkan semangat taat setia kepada bangsa, agama dan negara.

tangan.gif (1437 bytes)Membiasakan pelajar kepada tahap latihan mental dan fizikal.

tangan.gif (1437 bytes)Menanamkan budaya ilmu dan membentuk pelajar ke arah bersikap positif.

tangan.gif (1437 bytes)Memperkenalkan SMK Usukan dan menanamkan CINTAKAN SEKOLAH.